Sunday, 23 October 2011

KFC dan RIP

Q dan Amm
Baru-baru ni aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari sepupu aku Nana ketika aku sedang nyenyak tidur. Q  meninggal kata Nana.Terkejut terus bangkit dari katil kemudian menuju ke cermin. Tak percaya, meraup muka .FACEPALM. Nama sebenar Q, Qtrinzur Zulkarnain. Pelik nama arwah. Tapi apa nak hairan, semua nama adik-beradik Q namanya pelik-pelik. Q yang kami kenal sewaktu bekerja di KFC dulu, baik orangnya, pendiam dan suka senyum. Cakapnya loghat Kedah. Walaupun dah lama tinggalkan negeri asalnya, tapi loghat itu masih terlekat dilidahnya. Aku suka kacau Q sebab perangainya itu. Arwah meninggal dunia akibat motornya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Skudai. Meninggal di tempat kejadian. Amm tentu paling sedih sekali. Dia paling rapat dengan Q masa sama-sama kerja KFC. Malma jangan cerita, selaku adik bawah Q, yang sama-sama kerja di bawah satu bumbung, duduk satu rumah, lahir satu rahim mesti sangat terasa kehilangan abang tersayang. Takziah buat famili Malma.

                Ini pula lain ceritanya, tapi masih berkait dengan rakan setugas aku semasa kerja di KFC dulu. Bukan rakan setugas sebenarnya, lebih kepada manager. Pada mulanya, kawan aku sudah bagitahu aku bahawa Sir Kecik sakit tenat dan ditempatkan di ICU ada masalah dengan jantung katanya. Aku pun cuma sekadar rasa kesian bila mengetahui perkara tersebut. 2 minggu selepas tu aku sudah balik Selangor, kawan yang sama bagitahu aku Sir Kecik dah takde. HAH? Seakan-akan tak percaya. Sir Kecik yang comel, happy-go-lucky yang aku kenal tu dah takde. Sedihnya dalam hati. Aku masih ingat kali pertama aku jumpa Sir Kecik, dia diri sebelah aku memantau kerja aku sebagai Cashier. Dia pun suruh aku pergi mengemas pinggan mangkuk kerusi meja di dining area dan sementara dia pula menyambung kerja aku yang agak lembab tu. Dia capai pinggan, dia letak dua ketul ayam macam baling-baling jeh tapi tak tercampak, dia letak bun, dia letak kentang putar, kemudian air gas. Sepuluh ringgit 25 sen encik. Terima Kasih, datang lagi, Enjoy your meal.Fuh, cekap dan efisyen, pantas dan fleksibel dia punya servis. Aku sekadar memerhati. Dan apa yang aku perasan, dia tu sangat sangat sangat lah KIUT dan dia punya sense of humor. Kelakar campur comel sumpah buat aku tergoda.Sempat juga aku stalk biodata Sir Kecik kat punchcard miliknya. Tapi, bila aku berhenti kerja KFC, aku tak berkesempatan nak jumpa Sir Kecik lagi. Dia meninggal dunia pada usia baru 25 tahun akibat sakit jantung. Q pula meninggal dunia umur dia baru 23 tahun.

               Kepada arwah Sir Kecik dan Q, aku sedekahkah Yaasin dan Al-fatihah untuk kalian, agar tenang di alam sana. Kenangan kita bergurau senda, sakat menyakat tetap dalam ingatan aku sepanjang hayat.


p/s: jangan ingat kita muda ni takkan mati.

No comments:

Post a Comment