Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang di sana. Tapi masih tak nampak sawahnya. Kami diberi keluarga angkat. Aku dan Bella jadi adik beradik. Apa nak heran sesama kosmet katakan. Setakat terhidu bau kentut aku dah lali. Kami pun seterunsya dibawa oleh ayah angkat ke rumah mereka. Berlawan ngomong jawa juga aku kat sana. Nengkneney nengkeney orak orak wess. Bella pulak semangat cerita itu ini pasal Langkawi.
Duduk di rumah family angkat pada mulanya agak kekok. Err segan tahu nak pinjam itu ini dengan orang yang kita baru kenal. Dahlah makan minum semuanya disediakan. Dahlah dapat mak yang rajin buat kuih. Dahlah dapat kakak/adik angkat yang super rajin tolong mak ayah. Dan disitu aku lihat dorang punya family sangat lah mesra. Sempat jugak adik-adik angkat bawa aku main layang layang di sawah bendang feeling-feeling macam Mail dengan Izzah dalam Ombak Rindu. Thanks yo! adik-adik. ( Zira, Lily, Awie dan Kila)
Kemudian kami dibawa ke sebuah rumah yang agak daif untuk kami lakukan kerja-kerja mengecat. Kemahiran mengecat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UPM sangatlah hebat. Betul, tak tipu. Sebab kami dapat menyiapkan kerja-kerja mengecat sebuah rumah dalam masa lebih kurang 2 jam setengah.Kemudian, masa selebihnya digunakan untuk mengambil gambar comel-comel.
Ok, petang itu kami dibwa ke IKS iaitu kilang biskut dan kedai kerepek di sekitar kawasan kampung tersebut. Hey, siapa bilang orang kampung tak boleh berjaya. Kerja aku ngap ngap ngap dari satu biskut ke satu biskut. Sampai dah tak larat untuk masukkan makanan lain. Sumpah sedap setanding Famos Amos.
Anononoh.Mulut penuh biskut.
Kacau makcik buat biskut
Hari terakhir kami terisi dengan melakukan rewang. Menu pada hari tersebut adalah nasi beriyani, ayam goreng crispy, udang goreng kunyit dan kuah dalca bagi taknak serettt. Yummmmehhh. Sedap jugaklah hasil kerja kami padahal resipi oleh Otai pakar masak memasak di sana iaitu Encik Nordin Khalid.
Tamatlah tiga hari cerita aku di Sekinchan Darul Best. Jutaan terima kasih diucapkan kepada orang kampung disana yang sungguh baik hati. Dan terima kasih tak terhingga kepada keluarga angkat yang sungguh murah hati, dermawan,ikhlas serta comel yang telah memberikan kami pakej penginapan berserta makan minum serta free gift yang banyak. Insyaallah lain kali jumpa lagi. :)
Keluarga bahgia.keluarga bahgia. keluarga bahgiaaaaaa
Kredit: Gambar daripada Ain Mohmad Nor.
Kamus fonem dan morfem: Serett (jw): tersekat ditekak
Nengkeney (jw): Di sini
Orak (jw): Tidak
Wess(jw): Sudah
Kamus fonem dan morfem: Serett (jw): tersekat ditekak
Nengkeney (jw): Di sini
Orak (jw): Tidak
Wess(jw): Sudah
Salam ziarah perdana senior :)
ReplyDeleteWah, hebat blog! Secara tak sengaja terjumpa blog ni dan kagum sangat. Terus menulis blog..saya nak baca lagi :))
hehe. thanks taw hazlina
ReplyDelete