Saturday, 12 May 2012

50+6 perkara pasal mak

1. Mak beri aku stokin sebelah lain sebelah lain masa tadika.
2. Mak ceritakan Abu dan Ali : Budak baik dan budak nakal hampir setiap malam sebelum tidur.
3. Selain emel mizzah@jcorp.com mak ada emel binikassim@yahoo.com. Euuw
4. Mak letak nama Abang Acem dalam henpon. (Eeuuuw 2.0)
5. Mak tidur mata terbuka sebelah.
6. Mak kuat ketawa dan ketawa kuat
7. Mak sayang baby Adam dan Rayyan lebih daripada anaknya sendiri.Memanglah nama pun baby.
8. Mak PAS.
9. Mak cantik .
10. Mak baik. Tengok saja perangai aku.
11. Mak busy.
12. Mak penat.
13. Mak belikan aku satu karton layang-layang suruh aku jual kat UPM
14. Mak suruh aku zikir al-Alim masa aku call dia tadi.
15. Mak dengan aku nak pergi Penang bulang September ni.
16. Mak pukul aku sebab aku pukul adik-adik aku dulu
17. Mak kelakar serta kuat mengalan (baca menganjing)
18. Mak  bekalkan aku nasik tiap kali aku balik KL.
19. Mak bagi duit setiap bulan.
20. Demm pehal aku menangis ni?
21. Mak sendawa kalau urut aku.
22.Mak punya urutan geli tahu.
23. Mak tak main fb kat ofis lagi sekarang.
24. Mak tertinggal kasut dia kat luar pintu kereta masa dia tanggalkan kasut untuk drive dua minggu lepas.
25. Mak suka main solitaire kat laptop aku berbanding kat PC wafiy.
26. Ohye beli laptop aku, pakai duit dia. Apehal aku mengungkit?
27. Mak itu emak, mami itu emak mak, nenek aku. Tahu?
28. Mak nak buat majlis kahwin aku kat farmstay dalam kampung aku. Tema Garden.Wadehek?
29. Mizzah binti Ismail.
30. 30 April 1966.
31. Wanita--- tak caya sudah.
32. Saiz tudung XL.
34. 45kg --------- 23 tahun lepas lah. bukan sekarang maksud aku .
35. Masih membelikan anak daranya pakaian dalam. Malah untuk suaminya dan anak lelakinya juga.
36. Jarang kemas rumah.
37. Mak baru beli perabot second hand. Second hand ke baru? Baru ke second hand?
38. Jom main layang-layang kata mak kepadaku.
39. Gigi berlapis
40.  Bini kassim pada 30 Julai 1988.
41. mak Siti pada 10 Ogos 1989
42. mak Wafiy pada 15 Januari 1996
43. mak Zaki pada 20 0gos 1994
44. mak Dibah pada 14 Disember 1992.
45. Tukang buat scrambled egg dan baked beans untuk breakfast.
46. Tukang buat cupcake untuk Siti
47. Tukang buat spagheti aglio olio untuk wafiy
48.Tukang buat kuih mata lembu untuk Zaki. mana ada nama kuih mata lembu? 
49. Tukang buat sambal udang untuk dibah.
50. Tukang buat asam pedas untuk kassim.
51 Tukang buat mee bandung untuk  family.
52. Mak drive masa hantar aku masuk UPM 3 tahun lepas.
53. Mak tak mintak apa-apa untuk hari ibu.
54. Padahal tahu ahad ni hari ibu.
55. Mak takde anak-anak untuk hari ibu ni.
56. Mak tak tahu aku nangis buat entri ni.


2 comments:

  1. excellent!!!! :)tambah satu boleh? mak awak panggil saya makchah!!! :) hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak chah.tambah kak chah pon boleh

      Delete