Pagi itu Suzi ke kelas terburu-buru. Ada pembentangan pada pagi itu. Dia kena bentang satu pembinaan sebuah modul. Modul apa? Hah yang tu semua orang tak tahu. Maka dia dan ahli kumpulannya yang lain sudah bersedia nak bagitahu semorang pada pagi itu.
Pompang pompang. Dia terangkan satu persatu. Kawan-kawan yang mendengar setakat angguk angguk faham. Tidak kurang juga yang rancak berbual. Tidak kurang juga yang rancak bergayut dengan pakwe. Apa yang digayutkan? Hah, itu yang Suzi tak tahu. Jenis manusia yang tak respek orang berada di hadapan memang begitu.
Selesai pembentangan Suzi kembali duduk di kerusi asal. Suzi teguk air yang dibawanya pagi itu. Kalau satu botol satu liter, hari itu dia bekal 2.5 liter. Maknanya satu botol lagi tu 1.5 liter air.Tak termasuk yang dia dah minum sebelum pergi kelas tadi. Banyakkan? Suzi sendiri kagum dengan keupayaan sendiri minum air dalam kadar yang banyak. Tapi itu cuma habit yang kadang-kadang. Kadang - kadang tu dia juga malas hendak mengamalkan gaya hidup tersebut. Leceh dia bilang.
Jadi setelah minum air banyak dia rasa seperti pundi kencingnya mengisyaratkan sesuatu. Kalau dia budak setahun dia tak tahu isyarat apakah itu. Tapi dia budak 22 tahun. Dia tahu itu isyarat ke tandas untuk melepaskan hadas kecil. Dia akur dengan fitrah alam. Suzi ke tandas dengan gelojoh sekali.
Maka berlari-lari lah Suzi ke tandas. Dia segera menolak daun pintu tandas itu.
Mata Suzi terbeliak. Kelibat seorang lelaki yang cukup dikenalinya sedang berdiri sambil merokok menghadap cermin dalam tandas tersebut. Angkuh. Terjungkit bibir kirinya melemparkan senyuman.
Suzi menjerit. Dia sungguh pasti lelaki tersebut salah masuk tandas perempuan. Suzi tergamam. Dia keluar tandas itu dan membaca papan tanda di luar tandas. Sah, kata Suzi bermonolog!
Lelaki itu keluar dari tandas tersebut dan menjengilkan matanya. Dia panggil Suzi. Suzi takut diperapa-apakan. "Awak pikir apa hah?" "Awak pikir apa?". Lelaki itu menyeringai.
Suzi segan. Mana tahu ada lelaki negro lalu lalang di sekitar tandas itu dan ternampak keintiman mereka.Takut di salah ertikan.Suzi cuma sengih dan berlalu untuk mengeluarkan air kumuhan yang lagi sikit mahu terkeluar. Selesai berhadas, dia basuh tangan di sinki dan melihat mukanya di cermin. Suzi sengih sendiri. Macam mana dia boleh kantoi dengan pensyarah sendiri yang dia salah masuk tandas lelaki.
Watak Suzi (baca Moon)
Blok I, FPP, UPM Serdang
No comments:
Post a Comment