Thursday 12 July 2012

JOHO. Get Up Kluang!

Mintak maaf entri ni lambat 12 hari. 30 Jun 2012 yang lepas kami telah join carboot sale untuk event JOHO.di Kluang.Terima kasih Encik Bond kerana sudi menjadi supirku. Aku jual biskut raya dan partner aku, Sheila pulak jual gelang yang diperbuat daripada kain cotton. Heh, Sheila tu memang super kreatif orangnya. Ada jugak kami bawa barang-barang preloved yang kami jual dengan harga yang bapakk murahhh. Bayangkan stiletto aku boleh jual dengan harga rm 10 dan kasut converse Sheila jual dengan harga rm 15. Handbag kulit aku jual dengan harga rm 5 je. Murahkan? Terima kasih kepada customer, baik customer aku mahupun customer Sheila. Berjuta-juta terima kasihhhhhhhhh.

Cakap je nak apa, semua ada. Dari hujung kaki macam selipar flippers sampailah ke hujung rambut macam tudung dan topi. Semua ada. JOHO.merupakan satu komuniti belia-belia di Johor dengan tema Love, Trust and Respect. Ada jugak perfomance daripada artis-artis tanah air macam Fynn Jamal. Redemption , Altimet, Monolouqe, Statik. Uh ramailah.Nah, biar gambar yang berbicara betapa syoknya aku di sana.Harap pihak JOHO. buat program seumpama begini lagi.




Barang Niaga

Customer

Customer


Artis

Fynn Jamal






No comments:

Post a Comment