Saturday, 29 December 2012

Muhammad Azam II

Bismillahirahmanirahim.Setiap kali akhir tahun mesti nak pasang azam untuk tahun depan. Supaya apa yang diniatkan tahun ni akan menjadi pada tahun depan. Biasanya orang akan pasang azam supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku ada pasang azam nak kurus dan berubah tahun lepas. Alhamdulillah aku dah turun lebih 8kg. Insyaallah selagi masih istiqomah dan betulkan niat jadi ikhlas, apa yang kita azamkan tu mampu terlaksana.

Bagi aku kawan-kawan dan keluarga atau dalam bahasa Herbalifenya COI(Circle Of Influnce) merupakan pendorong-pendorong paling kuat untuk berubah. Aku punya tips macam mana nak jadikan azam kita adi realiti. Azam itu bukan sekadar angan-angan dan cakap kosong.

Pertama, tulis azam tersebut di mana-mana yang mampu dilihat secara kekal. Contohnya, tulis dalam diari. Diari yang kau akan pegang dan simpan dan buka setiap hari . Tulis besar dan jelas di bahagian depan sekali diari tu.. Aku takde diari jadi, aku tulis azam aku dalam blog. Setiap kali aku baca balik entri-entri lama aku aku akan tengok balik azam aku. Itu yang buat aku nekad sama ada nak buat betul-betul azam aku atau nak buat main-main. Setakat cakap "wei, tahu depan aku nak kurus" masa tengah  tengok bola dalam stadium takde sesiapa yang akan perasan.

Kedua, rekod azam dalam recorder. Dalam henpon ada recorder kan? So cakap jelas-jelas azam kau kemudian, mainkan azam kau bila-bila masa. Jangan delete. Kalau boleh mainkan depan kawan-kawan. Biar mereka tahu azam kau.

Macam yang aku cakap tadi. Kawan-kawan,  perlu tahu azam kau. Biar mereka tahu supaya mereka sendiri yang ingatkan kau kalau kau sedang tersasar daripada azam kau. Hal ni terjadi sendiri pada diri aku. Aku selalu cakap nak kurus nak kurus nak kurus. Jadi Ain datang pada aku cakap "moon betul tak, nak kurus? jom amik Herbalife. Timoh amik Herbalife dua minggu dia turun 5 kilo. Biar Ain bayarkan pakai duit Ain dulu." Haaa see. Itulah pentingnya ada kawan yang tahu azam kita. Situasi kedua pula berlaku bila aku dan kawan-kawan memasing ucapkan azam dalam recorder henpon Niza. Bila bosan-bosan Niza akan mainkan wish harapan kitorang tu. Dan nak tahu apa jadi? Niza pasang azam nak kahwin, dan akhirnya kahwin pada akhir tahun ni.. Dan aku, hmm yes aku berjaya tukar pakaian aku yang selama ni bagi aku tak patut untuk seorang perempuan.SERIOUSLY IT REALLY HAPPENED. Aku sedang berusaha untuk kekalkan imej ni. Ya Allah ikhlaskan hati hambamu ini.


Oleh sebab aku berjaya buat kedua-dua azam aku, maka dengan tamaknya aku dah ada wishlist untuk azam tahun depan.



1. Belajar pondok at least satu minggu.
2. Sambung belajar dalam master pendidikan kat UTM.
3. Jaga mak ayah dan bagi duit pada Zaki, Dibah dan Wafiy.
4. Umrah

  "Motivation is what gets u started. Habit is what  keeps u going "- Jim Rohn


Bismilahirahmaaniahiim. Ya Allah Ya Tuhanku. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Jadikanlah impian ku ini satu kenyataan. Ameen



No comments:

Post a Comment