Tajuk entri ni sepatutnya “khayal”. Dua orang pensyarah dah menegur aku berangan dalam kelas. Uh, apa dah jadi dengan aku ni. Diyana pun ada cakap yang dia geram dengan sikap aku, yang bila dia tanya, dengan mukanya penuh tak sabar menunggu jawapan, tapi aku lambat respon, lambat bertindak. Khayal. Tidur lewat menyebabkan aku jadi tersangat mengantuk pada kelas yang bermula seawal 8 pagi. Penyelesaiannya, bila kuliah bermula, mata terbuka pada luaran tapi aku terbang berkhayal pada dalaman. Pensyarah nombor satu cakap aku bercinta, sebab tu jadi khayal. Pensyarah kedua pula tanya, mana hilangnya aku, keawang-awangan? Nehh, aku tak bercinta, *geleng kepala kiri kanan kiri kanan*.Pensyarah kedua yang betul, yang nombor satu tu salah. Tapi kadang-kadang tu ada jugak aku berkhayal pasal cinta aku yang tak kesampaian. Sekarang kata-kata dua pensyarah tu betul. Orang tua lebih tahu kan?
Tapi sebenarnya yang paling tepat aku mengantuk. Aku sudah tak pandai membahagikan masa sewajarnya. Lepas habis kelas aku tidur semula sampailah ke senja, kemudian bangun pula dan berjaga sampai awal pagi. Pernah juga terbabas berjaga sampai dekat subuh. Ini semua pasal tak pandai menjaga masa. Konklusinya, aku berazam lepas naik saja cuti pertengahan semester , aku akan berjogging tak pun bersenam pada waktu petang supaya aku dapat tidur seckupnya pada waktu malam. Bagi menjayakan misi ini, perlukan usaha yang kental dan sepasang kasut sukan. Nah itu dia..aku baru sebut kental, baru sesuai dengan tajuk entri ni.

Kadang-kadang aku pernah terlepas cakap sorang-sorang, sampai kawan sebelah terdengar. Pada mereka, aku tipu, aku sedang berbual dengan kawan imaginasi, Nona namanya. Sila takut dengan aku.
No comments:
Post a Comment