Friday, 3 February 2012

Ketiadaan Outfit.

Jumaat, hari ketiga bulan Februari. Aku bercadang nak balik kampung. Aku bercadang dari Pasir Gudang aku singgah dulu di Johor Bahru, singgah pejabat mak supaya boleh balik sekali. Lepas mandi, aku cari seluar. Uh seluar dah pakai semalam, skirt pula belum kering. Habis aku nak balik pakai apa? Spender? Spender memang wajib pakai.Aku pergi bilik budak bujang. Aku sarung seluar jeans Zaki. Saiz 30 tak salah. Urghh. tak muat punggung. Aku belek-belek seluar lain. Aku cari seluar jeans aku yang Zaki dah rembat, tapi tak jumpa. Aku teruskan usaha cari seluar lain. Hah, yang ini macam muat. Aku cuba. Warna biru gelap. Straight cut.Takde jenama. Atau jenama dah hilang. Atau aku tak perasan jenamanya sebab aku main sarung jeh. Dengan bersusah payah aku kancing butang seluar. Fit. Aku cari baju. Ada tersangkut pada hanger. Aku pakai baju jeans yang Dibah bagi aku tahun lepas.  Sebenarnya Dibah tak bagi, aku yang rembat dia punya. Turun bawah Cik Ina tengok seluar siapa aku pakai. Aku cakap aku tak tahu seluar siapa. Aku harap aku pakai seluar adik aku, Zaki. Bukan seluar Kamil, bukan seluar Mirul. Aku harap.*fingers crossed*

No comments:

Post a Comment