Tuesday, 27 December 2011

Muhammad Azam

Hidup seorang perempuan yang aku gelar aku waktu ini sangat lah bosan tetapi damai. Damai pada zahir dan bosan pada batin. Perasaan pada akhir tahun yang hanya tinggal empat hari untuk menyambut kedatangan 2012 mungkin. Ataupun ketiadaan teman-teman yang menyambut cuti ulangkaji di rumah. Gila aku dibuatnya. Jadi aku pun memasang angan-angan besar untuk menempuh tahun 2012 dengan jayanya sebagai seorang aku yang lebih dinamik, berkeyakinan serta menjadi muslimah yang unggul demi kesejahteraan dunia dan akhirat.Insyaallah. 
  1. Kurus. Walaupun setiap kali azam tahun baru aku mengimpikan tubuh badan yang langsing persis seorang model Lux tapi tak pernahnya tercapai secara kekal.
  2. Aku mahu licinkan badan yang berjerawat di belakang.
  3. Ehem. Adjust tekak dulu, betulkan niat dulu. Ehem. Aku nak pakai baju muslimah dan tudung labuh. Sebabnya aku rasa pakaian yang aku pakai sekarang tak cukup menggambarkan seorang wanita Islam. Kalau  bertudung litup dan pakaian longgar tentu nampak manis. Eh? Masyaallah.

No comments:

Post a Comment