Sunday, 16 October 2011

Istimewa

Hari Jumaat, 14 Sepetember 2011. Pertama kali dalam hidup pergi ke sekolah untuk mengajar. Lebih kepada meninjau-ninjau dan memerhati dan meneliti dan menyelami jiwa murid pemulihan. Kerana yang diajar bukan murid biasa. Mereka istimewa. Mereka ahli syurga. Mereka tak secerdik dan secergas rakan seusia mereka. Maka, SMK Yaacob Latif menjadi saksi aku dan rakan seperjuangan menghadapi murid-murid bermasalah ini.


      Seawal enam pagi aku bangun bersiap-siap untuk pergi ke sekolah yang dimaksudkan. Kami bertolak kira-kira jam lapan lebih kurang. Sampai di sana mata liar melilau-lilau memandang sekeliling. Cuba mencari-cari murid-murid yang dimaksudkan.


      Aku dah nampak seorang murid lelaki yang berjalan-jalan. Kemudian datang lagi dua kawannya. Sedang tolong cikgu angkat buku agaknya. Dari air mukanya, aku tahu dia tak normal macam orang lain.


Ah sial, apasal aku takut dengan dia?


         Berlari, sengih-sengih, muka pelik.Yang nyata aku bukan melawat Zoo Negara. Ini sekolah. Pakaian mereka putih bersih. Mereka bukan untuk ditonton dan ditertawakan. Aku gementar.


Sabar ya hati..


      Kami para bakal guru segera masuk ke kelas mengikut kumpulan seperti yang diagihkan sebelum ini. Rancangan Mengajar sudah bersiap sedia di tangan. Hanya tunggu masa untuk dibentangkan kepada murid-murid.


      Bila masuk ke kelas untuk mengajar. Hati takut aku tadi tiba-tiba jadi sayu. Sebenarnya, mereka lebih istimewa dari murid isitimewa. Kumpulan aku dapat kelas Inklusf, iaitu kelas lemah dan nurseri. Ini bermaksud mereka tak boleh membaca, malah huruf A-Z pon masih tak tahu, bunyi kucing meowwww, bunyi ayam kokokkk, bunyi kambing embekkkkk pon tak boleh nak sebut ini kan pula kalau disuruh membina satu perenggan karangan syarahan. Harammm dia tak tahu. Hey, nak suruh tulis eja nama sendiri pon dia tersengih-sengih, inikan pula nak tulis Fonem, Morfem, membina Frasa dan Klausa di hadapan kelas. Mari aku kenalkan watak-watak dalam kelas tersebut:


Syazlin: Pelajar dari kelas 9, kenal huruf, tahu nombor, dan boleh diajak berbual. Sensitif dan moody, 18 tahun.
Natasha Erza : Senyum dan senyum dan senyum. Faham apa yang dituturkan kami, tapi tak mahu bercakap sepatah pon. Comel orangnya. 17-18 aku rasa.
Shuhada: boleh bercakap, pertuturan kurang jelas kadang-kadang, tidak kenal huruf dan nombor. Hanya mewarna. 17 tahun.
Azim: Down sindrom. tak boleh bercakap langsung, sangat simpati dengannya.
Murid cina unknown: Aku tak tahu nama dia, kerjanya mewarna di satu sudut dengan buku warnanya. Tidak mahu berinteraksi dengan kami langsung. LANGSUNG. Dia akan bermonolog sendirian apabila kami cuba memanggilnya. Dia marah. Hentak pensil warna yang ada di jarinya.




Nyanyi-nyanyi, joget joget, nyanyi lagi jom!
Aku sudah penat, keletihan.
Ambil pensil warna, ketas A4.


Cuba awak lukis kucing, cikgu pegangkan pensil. Kemudian, awak warna matanya, bulunya, misainya, hidungnya boleh?


"Bolehhh", kata Lin. "Bolehh. Boleh mata!" Dia mengulang-ulang perkataan yang diucapkannya.Dia agak pintar dibandingkan 4 murid yang lain disitu. Sebab dia asalnya dari kelas lain, diletakkan di situ sebab murid kelasnya ramai tak hadir. Untung dia mahu berkomunikasi. Yang lain hanya senyum, sambil tangan mewarna kucing lukisan kami. Mujur juga mereka juga respon pada kami.
     
    Satu hal lagi, mereka ini sensitif. Jangan layan mereka dengan kasar. Mereka juga cepat hilang mood. Sebagai guru, perlulah peka terhadap perubahan mood mereka.


 1, 2, 3, 4, 5,6, 7, 8, 9,.10...Kira sila Lin tadi. Saja aku mahu menguji tahap mana Lin telah capai.


Aku simpati. Syukur aku dilahirkan sihat sempurna sebegini.


     Apa yang pasti mereka ini perlukan perhatian yang lebih berbanding orang lain. Mereka jangan disisihkan. Mereka juga perlukan ruang untuk hidup dalam bumi Allah yang sfera ni, dan kita manusia yang sempurna cuma perlu kongsi sedikit ruang kita dengan mereka.









p/s: semua murid suka kan Pak Mamat. Watak dalam lagu Pak Mamat ada kebun yang dilakonkan kawan aku. Sebab dia lelaki jambu.AHAHA.

No comments:

Post a Comment